Tadi aku pergi Pasaraya Pantai Selamat nak beli komik Sin Chan..tapi nasib agak malang...Sin Chan dalam bahase cine la plak...takkan la org cine je bace sin chan kat kemaman ni...kan? kan? haih..da la aku jalan kaki, agak jauh plak tu..3 blok dari hotel aku ni..cehh gune blok~  bajet mat saleh...haha...nasib baek jalan kaki tak gune tiket...kalo tak memang *&%#@ (tak boleh celupar terang2..pose..hehe)...tapi nasib aku agak baek..cousin aku bagi email pasal sin chan ni..korang lihat lah betape sangap nye aku nak bace komik ni sampai aku cari ke lubang email..haha..so untuk post kali ni aku nak share dengan anda semua babak-babak untuk pecah perot...mari membace
Soal Jawab Guru dan Sin Chan...
Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana  sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan pelahan."
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-
Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y- A"
Guru: Bukan, Salah tu. 
Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya saya macam mana
                saya mengeja nya, itu lah yang saya eja !
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*
Guru: Apakah formula untuk air?
Sin Chan: "HIJKLMNO"!!
Guru: Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*
Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.
Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang
               tergantung kat hadapan kelas!
Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?
Kelas: Sin Chan Cikgu!
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-
Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita    tak ada 10 tahun dulu.
Sin Chan: Saya Cikgu!
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*
Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakait yang di sebabkan oleh  gigitan
        serangga?
Sin Chan: Jangan kena gigitserangga.
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -**-*-*-* -*
Guru: "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku secara kebetulan?"
Sin Chan: "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama,
                pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*
Guru: Sin Chan, aneh sungguh stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau
         berbintik hitam dan  satu lagi berwarna merah berbintik biru.  !
Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan kerana
               terdapat sepasang lagi  dengan warna yang sama kat rumah .
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*
Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur
         adakah awak berdoa sebelum makan?
Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya tahu ibu saya
              adalah seorang tukang masak yang bagus.
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*
Guru: Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti yang
         dikarang  oleh adik awak.  Adakah awak meniru kerja dia?
Sin Chan: Tidak Cikgu , ia hanya lah anjing yang sama!
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *
Guru: Siapakah orang  yang kita panggil yang tak henti henti bercakap tetapi
         orang tak berminat  nak dengar?
Sin Chan: Seorang Guru, Cikgu!
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*-
Guru: Sin Chan, kenapa bila kamu melintas jalan kamu suka berdiri disebelah
        kiri kawan²  kamu?
Sin Chan: Sebab kereta datang disebelah kanan, kalo eksiden kawan² kena langgar dulu.
so...anda enjoy?