Thursday, January 1, 2009

Bunga Api Penyeri Malam

Semua orang wish happy new year dalam blog masing2. Barangkali sebab lebih murah dan senang berbanding sms. Mungkin. Jadi aku pon nak wish jugak. So Selamat Tahun Baru semua!

Emm. Memang menjadi amalan setiap manusia untuk buat ucapan ni apabila tibanye tahun baru. Aku tak tau kenape. Korang tau kenape? Ape signifikannye ucapan selamat tahun baru ni?

Lepas tu mesti ade sambutan meriah giler babinye. Kalau la sambut birthday aku camtu tiap2 tahun kan best. Tapi mustahil. Mercun pon susah nak dapat sekarang. Tak macam Brunei, mercun boleh didapati di pasaraye besar seperti Giant. Syok kan? Nak beli pon takyah nak sorok2, nak main pon takde rase waswas.

Azam? Aku tak pernah ade azam seumur hidup aku. Aku malas nak berazam kerna takut dikemudian hari azam tu tak menjadi. Lebih baek takde azam, ye tak? Tapi aku puji la orang yang berazam ni. Sekurang-kurangnye hidup diorang lebih terancang sket kalo berazam.

Aku malas nak mengarut.

Aku malas nak recap kisah dalam tahun 2008.

Jadi selamat tahun baru dan semoge azam anda dapat dipenuhi. Bye2

No comments: